Thursday 29 March 2012

Promosi MY OLE-OLE


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kepada semua sukarelawan yang berada di KL/ Selangor/ Putrajaya,

Anda dijemput untuk bersama-sama membantu kami mempromosikan My Ole-Ole pada hujung minggu ini. Maklumat adalah seperti berikut:

Tempat: Giant Kota Damansara
Tarikh: 1 April 2012
Masa: 9.30 pagi - 9.30 malam

Shif 1: 9.30 pagi - 1.30 petang
Shif 2: 1.30 petang - 5.30 petang
Shif 3: 5.30 petang - 9.30 malam

**Kami juga memerlukan khidmat photographer secara sukarela

Sekiranya berminat sila berhubung terus dengan Cik Shuhada (03-7958 4021/ 012-510 2726)

Brown Bag Session Kitar Semula Sisa Minyak Masak

SIG Alam Sekitar, Yayasan Salam Malaysia akan mengadakan Brown Bag Session berkonsepkan forum dengan tajuk  Kepentingan Kitar Semula Sisa Minyak Masak”. 

Tempat: Yayasan Salam Malaysia
No 22 Jalan Changgai (6/22)
46000 Petaling Jaya, Selangor

Tarikh: 31 Mac 2012 (Sabtu)

Masa: 10 pagi – 12 tengahari. 

Panel: 1) Puan Muhaidatul Ismah Ismail, aktivis alam sekitar dari Pertubuhan HELWANI, salah seorang pengasas kempen ini di Malaysia 

2) En Jaafar, jurucakap dan wakil Syarikat KRIS BIOFUEL Sdn. Bhd., syarikat yang aktif dalam aktiviti kitar semula minyak masak.

Kami mengalu-alukan kehadiran NGO/ Persatuan/ Kelab/ Sekolah dan individu yang berminat. 

Yuran penyertaan sebanyak RM 5 dikenakan. 

Makan pagi dan tengahari akan disediakan. 

Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Saudari Norshuhada di talian 03-7958 4021 @ 012-510 2726

Bersama ke Arah Membudayakan Aktiviti Kitar Semula

“Our Nature is Our Future”

Tuesday 13 March 2012

JOM TIMBA ILMU!  


CUSTOMER APPROACH
BROWN BAG SESSION (MY OLE-OLE)


Apa itu My Ole-Ole???

  • Projek mengumpulkan makanan kering dan tahan lama untuk diedarkan kepada komuniti terpinggir dan mangsa-mangsa bencana alam di Malaysia
  • Pasaraya Giant sebagai tempat promosi

Tugasan Sukarelawan

  • Mengedarkan pamplet dan memberi penerangan mengenai projek kepada pelanggan-pelanggan pasaraya Giant

Tarikh: 24 Mac 2012 (Sabtu)
Masa: 10 pagi - 12 tengahari
Tempat: Yayasan Salam Malaysia
              No 22 Jalan Changgai 6/22
              46000 Petaling Jaya, Selangor
Penceramah: Encik Mohd Saiful b. Ali
                    Team Leader, MYOB South Asia
Bayaran: RM 5

Apa Pengisiannya?
  • Mengelak perasaan malu
  • -Pelanggan x mahu terima pamplet
  • -Pelanggan x mahu dengar apa yang hendak disampaikan
  • -Kena marah
  • Kaedah/ Cara yang betul mengedarkan pamplet
  • Cara mempengaruhi dan memujuk pelanggan
  • Komunikasi yang sesuai
  • Bahasa badan dan mimik muka yang sesuai
  • Bagaimana sukarelawan kekal bersemangat
  • -Cepat putus asa apabila tiada sumbangan barangan
  • Etika promoter

Sila hubungi Norshuhada Kareem 012-5102726@ shuhada@salam.org.my

*Minum pagi dan makan tengahari disediakan