Tuesday 29 November 2011

MYCORPS OLE-OLE

Description
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Yayasan Salam Malaysia (SALAM) dengan kerjasama Sukarelawan MyCorps Kementerian Belia & Sukan + Unit Psikiatri HUKM akan menganjurkan Projek MyCorps Ole-Ole (nama asal MY OLE-OLE). Program ini bertujuan membantu mengumpulkan makanan kering (tahan lama) untuk diedarkan kepada pesakit-pesakit HUKM. Selaras dengan itu, kami menjemput sukarelawan yang berminat untuk turut sama menjayakan projek ini pada ketetapan berikut:-

TEMPAT: GIANT KOTA DAMANSARA
TARIKH: 1-2 DISEMBER 2011
MASA: 10 PAGI- 9.30 MALAM
PAKAIAN: T-SHIRTS SALAM BIRU


Objektif

1. Mengumpulkan makanan-makanan kering (tahan lama) untuk diagihkan pada golongan sasaran (PESAKIT HUKM).
2. Menanamkan prinsip dan konsep kesukarelaan di dalam diri sukarelawan.
3. Menanamkan budaya prihatin masyarakat untuk membantu golongan kurang berkemampuan.
4. Memupuk semangat menderma di kalangan masyarakat.
5. Memberi kepuasan kepada individu yang memberi sumbangan.
6. Membantu dan meringankan beban komuniti

Kumpulan Sasaran

Pada peringkat ini, sebanyak 10 buah keluarga bakal menerima sumbangan dari projek ini.

** Tenaga sukarelawan amat diperlukan bagi menjayakan projek ini

** Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Shuhada 012-5102726 @ shuhada@salam.org.my


Sekian

AYUH! MENJANA PERUBAHAN BERMAKNA

Selamat Datang

Blog ini adalah untuk anda mengetahui sebarang aktiviti terkini Yayasan Salam Malaysia