Thursday 26 April 2012

INDUKSI SUKARELAWAN ZON SELATAN


SALAM SEJAHTERA!

Khas buat Sukarelawan sekitar Johor, Melaka + N.Sembilan

·         Berdaftar dengan Yayasan Salam Malaysia (YSM)?
·         Belum pernah menghadiri mana-mana Induksi atau Kursus YSM sebelum ini?
·         Masih berminat untuk menyumbang khidmat di dalam kerja sukarela?

Jika kesemua jawapan adalah “YA”, anda dialu-alukan untuk menempatkan diri di dalam:-

“INDUKSI SUKARELAWAN 2012 (II)”

Tarikh / Hari:    20 Mei 2012 (Ahad)
Masa:             8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat:           Bilik Mesyuarat Kolej Komuniti Segamat

Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan tentang isu kesukarelaan kepada individu yang berminat, menyediakan ruang bersukarela di dalam komuniti, kanak-kanak, alam sekitar, pendidikan dan lain lain serta memantapkan semangat sukarela di dalam diri sukarelawan khususnya dan masyarakat amnya.


Tentatif: 
8.30pg         Pendaftaran / Sarapan
9.00            Suaikenal / Pengenalan
10.00          Apa Itu  SALAM ?
11.30          Anda Amat Diperlukan..
1.00 ptg       Makan Tengahari
02.30          Forum : Menjana Perubahan Bermakna
03.30          Tayangan Video
04.00          Di Suatu Masa Nanti & Lagu SALAM
04.30          Penutup

(p/s: kod pakaian – kasual / sopan)

Emelkan NAMA PENUH & NO. TELEFON ke shuhada@salam.org.my atau hubungi talian
(012-510 2726/ 03-7958 4021)


No comments:

Post a Comment