Wednesday 15 February 2012

Majlis Pelancaran Kempen Kitar Semula



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!!!

Kepada rakan-rakan Pencinta Alam Sekitar,

Anda dijemput ke majlis pelancaran Kempen Kitar Semula Minyak Masak

Butiran program:

Tarikh: 18 Februari 2012 (Sabtu)
Waktu: 9.00 pagi - 2.30 petang
Anjuran: SIG Alam Sekitar
Tempat: Yayasan Salam Malaysia

Objektif:

• Mewujudkan kesedaran umum akan kepentingan menjaga alam sekitar
• Kebersihan sistem pembentungan kawasan kediaman terjamin bagi mengelak sebarang wabak penyakit
• Menguasai pasaran HALAL sisa minyak masak untuk digunapakai sebagai produk Biodiesel
• Mengukuhkan institusi masyarakat secara tidak langsung dalam program amal yang dianjurkan YAYASAN SALAM MALAYSIA
• Mencari dana asas kepada rumah-rumah kebajikan yang berminat menjana pendapatan melalui aktiviti kitar semula sisa minyak masak

Anda digalakkan untuk membawa sisa minyak masak yang telah dikumpulkan pada hari tersebut. Sisa minyak masak ini boleh dikumpulkan di dalam botol air mineral 1.5L atau 5L.

Kami amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk memberikan sumbangan bagi merancakkan kempen ini

Jadi rakan-rakan, ayuh mari kita bersama merancakkan kempen ini!! Ajak rakan-rakan anda, ahli keluarga anda untuk turut serta bersama kami!!

Jumpa di sana ye~~!

Menjana Perubahan Bermakna
~Our Nature Our Future~

No comments:

Post a Comment